Informasi Permainan Video Terkini
Wattam Diumumkan Bakal Tiba Pada Disember Ini Di Playstation 4 Dan PC
PC

Wattam Diumumkan Bakal Tiba Pada Disember Ini Di Playstation 4 Dan PC

Diterbitkan pada Sep 25, 2019 oleh .

Wattam iaitu permainan oleh pembangun siri Katamari Damacy kini akhirnya mendapat sebilangan kemaskini baharu ketika acara State Of Play yang berlangsung awal pagi ini.

Melaluinya, Annapurna Interactive dan Funomena akhirnya memperlihatkan beberapa bentuk permainan buat Wattam yang mana ianya kelihtan memfokuskan bentuk pemain untuk berinteraksi dengan makhluk-makhluk yang terdapat di dalam permainan ini. Menariknya juga ia akan menyokong bentuk permainan secara solo dan juga koperasi.

Selain itu, Funomena juga menyatakan bahawa setiap watak yang terdapat di dalam Wattam akan menyertakan muzik latarnya tersendiri, sekaligus pemain berupaya untuk berhubung antara pelbagai watak-watak di dalam permainan tersebut, untuk menghasilkan satu muzik campuran.

Buat masa ini, tarikh pelancaran Wattam disahkan bakal tiba sekitar Disember 2019 ini di Playstation 4. Menariknya juga, permainan ini akan tiba di PC melalui Epic Games Store.


TIPS & ULASAN