Kemaskini: Firaxis Games juga mengumumkan bahawa Civilization VI juga akan tiba di konsol Xbox One pada tarikh yang sama.
Juga ketika acara State Of Play yang berlangsung awal pagi ini, Firaxis Games dan Sony mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Civilization VI ke konsol Playstation 4 menjelang 22 November 2019 ini. Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di lancarkan di PC dan di konsol Switch bersama-sama dengan versi permua di iPad.
Menariknya bagi versi Playstation 4 ini juga, mereka juga mengumumkan kandungan pernambahan DLC Rise And Fall dan Gathering Storm yang diumumkan sebelum ini juga akan tiba secara berasingan.
Civilization VI merupakan permainan strategi yang menyertakan pelbagai bentuk tamadun dan sejarah berbeza dari seluruh dunia. Melaluinya, pemain berupaya untuk membina empayar sendiri dengan melakukan hubungan diplomatik dengan tamadun lain, ataupun berperang yang mana pasti akan menarik minat mereka yang menyukai permainan berbentuk strategi.
Pastikan anda mendapatkan permainan Civilization VI di Playstation 4 menjelang November ini.