Informasi Permainan Video Terkini
Sony Umum Berkas Playstation 4 Pro Edisi Terhad Dengan Rekaan Permainan Death Stranding

Sony Umum Berkas Playstation 4 Pro Edisi Terhad Dengan Rekaan Permainan Death Stranding

Diterbitkan pada Sep 25, 2019 oleh .

Ketika acara State Of Play yang berlangsung hari ini, Sony Interactive Entertaiment mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan berkas khas konsol Playstation 4 dengan rekaan permainan Death Stranding menjelang November ini.

Melalui video acah tersebut, konsol Playstation 4 Pro tersebut akan menyertakan rekaan berwarna putih dengan tapak tangan berwarna yang sering diperlihatkan di dalam video acah permainan tersebut. Menariknya juga, ianya kelihatan akan menyertakan alat kawalan Dualshock 4 berwarna emas yang lutsinar.

Selain itu, Sony juga mengesahkan berkas ini akan menyertakan edisi biasa permainan Death Stranding secara bersama.

Buat masa ini, informasi tambahan lain masih belum diumumkan termasuklah tarikh pelancaran dan harga yang mana kami pasti Sony akan kongsikan dalam masa terdekat ini.

Death Stranding akan dilancarkan secara rasmi pada 8 November 2019 ini di Playstation 4.


TIPS & ULASAN