Informasi Permainan Video Terkini
The Last Of Us Part II Disahkan Bakal Tiba Pada 21 Februari 2020 – Video Acah Baharu Dipertontonkan

The Last Of Us Part II Disahkan Bakal Tiba Pada 21 Februari 2020 – Video Acah Baharu Dipertontonkan

Diterbitkan pada Sep 25, 2019 oleh .

Kemaskini: Pra-tempah untuk versi digital bagi permainan The Last of Us II kini dibuka melalui PlayStation Store. Terdapat dua versi iaitu;

Setiap pra-tempahan juga akan disertakan dengan tatu untuk Ellie, penaik-taraf untuk simpanan peluru dan juga manual untuk crafting.


Bersempena dengan acara State Of Play yang berlangsung hari ini, Sony Interactive Entertainment dan Naughty Dog akhirnya berkongsi tarikh pelancaran buat permainan akan datang The Last Of Us Part II yang mana ianya bakal tiba pada 21 Februari 2020 khas di konsol Playstation 4.

Bersempena dengan itu, mereka juga mempertontonkan video acah khas yang memperlihatkan sebilangan adegan baharu dan bentuk permainannya secara rasmi.

Berdasarkan video acah yang diperlihatkan, seperti yang disahkan sebelum ini, permainan ini akan memfokuskan watak Ellie di mana pemain akan bermain sebagai watak beliau dan tampaknya beliau akan bertembung dengan sepasukan penjahat untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku terhadap beliau.

Video acah tersebut juga melihatkan beberapa aspek bentuk permainan seperti keupayaan untuk menunggang kuda, bergerak di kawasan luas dengan pelbagai lokasi dari bandar, pergunungan dan juga di kawasan hutan.

Menariknya sekali, video acah tersebut juga memperlihatkan watak Joel, yang mana kelihatan sangat berusia dan mungkin akan membantu Ellie untuk menjalankan misi balas dendam beliau.

Sememangnya tidak banyak informasi lain yang dikongsikan dan kami pasti akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya. Sama-sama kita nantikan pelancaran permainan The Last Of Us Part II menjelang Februari ini.


TIPS & ULASAN