Square Enix hari ini berkongsi satu video acah untuk permainan pertempuran mereka iaitu Dissidia Final Fantasy NT di mana mereka mengumumkan watak DLC seterusnya iaitu Gabranth daripada Final Fantasy XII.
Gabranth merupakan watak jahat di dalam Final Fantasy XII iaitu beliau merupakan Judge Magister iaitu jawatan tertinggi di dalam ketenteraan kerajaan Archadian.
Watak ini dilaporkan akan tiba pada 26 September untuk versi arked dan 10 Oktober untuk versi NT. Anda boleh tonton pelbagai serangan oleh beliau melalui video di bawah.
Dissidia: Final Fantasy NT telah pun dilancarkan di Playstation 4 tahun lepas. Menariknya, Mac lepas, permainan ini juga dilancarkan di PC bersama-sama dengan edisi percuma yang mempunyai putaran watak berbeza setiap minggu.