Skip to main content

Presiden Esports Kuala Lumpur Association (ESKL) Hisham Darus hari ini mengumumkan yang DYAM Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) berkenan untuk merasmikan majlis pelancaran Kuala Lumpur Esports Masters 2020 yang dijanjurkan oleh ESKL.

Kuala Lumpur Esports Masters 2020 merupakan kejohanan e-sukan yang akan memfokuskan pemain-pemain sekitar Kuala Lumpur yang bakal menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM 1 Juta. Ia dijangka akan berlangsung pada suku ketiga tahun hadapan.

Selain itu, YB Tuan Haji Khalid Bin Abd. Samad iaitu Menteri Wilayah Persekutuan juga akan turut menghadiri majlis pelancaran tersebut yang akan berlangsung pada 29 September 2019 di Hotel Le Meridein Putrajaya, bersempena acara ServerDNA.

serverDNA ini akan disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti taklimat perniagaan dan juga pameran berkaitan dengan e-sukan. Kejohanan e-sukan untuk FIFA 20 dan Counter Strike: Global Offensive juga akan berlangsung. Pengunjung juga berpeluang untuk berjumpa dengan strimer-strimer terkenal. Ia berlangsung bermula pada 28 sehingga 29 September.

Maklumat lanjut mengenai serverDNA boleh dan juga pendaftaran sebagai pengunjung boleh dilakukan melalui laman rasmi mereka.

Leave a Reply