Informasi Permainan Video Terkini
Acara Bloody Harvest Untuk Borderlands 3 Akan Tiba Sekitar Oktober Ini – Menyertakan Misi, Cabaran Dan Kostum Baharu
PC

Acara Bloody Harvest Untuk Borderlands 3 Akan Tiba Sekitar Oktober Ini – Menyertakan Misi, Cabaran Dan Kostum Baharu

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Pemain akan berjumpa dengan pelbagai penjahat ‘Haunted’ yang akan menjadi kunci untuk pemain memasuki peta khas Bloody Harvest. Penjahat Haunted yang dibunuh akan mengeluarkan hantu, jika pemain menyentuh hantu tersebut, ia akan memberi kesan Terror yang akan menyukarkan pemain untuk mengawal dan juga melihat.

Gearbox Software minggu ini mengumumkan penambahan percuma untuk Borderlands 3 iaitu acara Bloody Harvest yang akan tiba pada sekitar bulan Oktober. Acara ini terbuka untuk semua pemain yang sudah menaiki Sanctuary (di peringkat awal permainan lagi).

Menariknya, terdapat juga pelbagai barangan yang boleh menjadikan kesan Terror, menjadi sesuatu yang membantu pemain. Dengan membunuh Haunted, pemain akan mendapat Hecktoplasm yang boleh diberikan kepada Maurice, ya, Maurice akan menyertai anda di dalam Santuary.

Jika anda mempunyai Hecktoplasm yang cukup anda boleh pergi ke kawasan baharu yang digelar sebagai Heck. Di kawasan baharu ini pemain akan bertempur dengan ketua penjahat baharu iaitu Captain Haunt, versi hantu untuk Captain Traunt yang pemain akan lawan semasa misi penceritaan Borderlands 3.

Selain misi dan cabaran baharu, Bloody Harvest juga akan menyertakan kostum serta rekaan baharu untuk ECHO dan juga senjata. Acara ini akan berlansung selama sebulan lebih, dan setiap barangan yang boleh didapati di dalam acara ini akan hadir secara terhad semasa acara berlangsung sahaja.

Borderlands 3 sudah dilancarkan pada 13 September 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Epic Games Store.


TIPS & ULASAN