Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Baharu Frozen 2 Memperlihatkan Rahsia Disebalik Kuasa Elsa

Video Acah Baharu Frozen 2 Memperlihatkan Rahsia Disebalik Kuasa Elsa

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

27 November kelak, filem Frozen 2 akan ditayangkan di Malaysia. Kita sudah tahu yang filem Frozen kali ini akan memfokuskan satu arah seni yang berbeza, yang mana kelihatan sedikit lebih ke arah kegelapan. Kemudian dalam video acah kedua, ia memfokuskan pengembaraan Elsa dan rakan-rakan untuk mencari sumber kuasa Elsa.

Baru-baru ini, satu lagi video acah telah diterbitkan. Dalam video acah kali ini – ia memperlihatkan beberapa watak baru. Menariknya, watak-watak ini berasal dari satu perkampungan misteri di sebalik hutan yang dilindungi oleh kabus. Dalam video ini, ia memberitahu tiada sesiapa yang boleh masuk ke dalam hutan – jika berjaya tidak akan boleh keluar.

Kemudian, turut kedengaran yang hutan ini adalah hutan yang magis dan ia mungkin adalah sumber kuasa kepada kuasa Elsa. Apa-apa pun, filem Frozen 2 nampak sangat menarik dan pasti mereka yang menonton filem pertama – tidak sabar menantikannya.


TIPS & ULASAN