Skip to main content

Epic Games hari ini mengumumkan yang mereka yang memperkenalkan sistem matchmaking baharu untuk menjadikan pertempuran yang lebih adil di dalam permainan pertempuran royale mereka, Fortnite.

Sistem baharu ini akan tiba pada melalui kemaskini versi 10.40 yang akan tiba sekitar minggu ini. Melaluinya pemain akan bertempur bersama dengan pemain yang mempunyai kemahiran yang lebih kurang sama.

Oleh kerana Fortnite tidak mempunyai sistem rank, tidak pasti bagaimana mereka akan menentukan kebolehan untuk setiap pemain. Namun, mereka menjanjikan yang jika kebolehan pemain meningkat, begitu juga dengan lawan yang akan ditemui.

Selain kebolehan, Epic Games juga mengatakan yang untuk pemain yang baru mula bermain ataupun mempunyai kemahiran yang rendah, selain pemain lain, pertempuran juga akan menyertakan bot. Lebih tinggi kemahiran pemain, makin berkurangan bot. Bot tidak akan hadir untuk mod permainan kompetitif.

Leave a Reply