Bagi anda yang masih bermain permua Gundam Battle: Gunpla Warfare yang baru sahaja dilancarkan Julai lepas, Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kemaskini baharu buat permua tersebut dengan menyertakan mod multi-misi yang membenarkan pemain untuk bertempur secara berganding bahu bersama 3 pemain lain.
Melalui kemaskini ini, pemain kini berupaya untuk melakukan misi secara bersama yang mana berdasarkan video acah diatas, mereka memperlihatkan 4 pemain bertempur dengan satu musuh Mobile Armor, iaitu Big-Zam. Semestinya mod ini adalah menarik, memandangkan pemain kini berupaya untuk bermain secara multi-pemain bersama-sama rakan untuk menumpaskan musuh yang besar.
Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permua ini, Gundam Battle: Gunpla Warfare merupakan permua percuma yang dilancarkan di iOS dan Android yang memfokuskan pemain untuk membina set Gunpla pemain sendiri disamping mengumpul bahagian-bahagian Gunpla. Permua ini juga mempunyai penceritaannya tersendiri dan menyertakan pelbagai kandungan dari pelbagia siri Gundam.
Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, ianya sudah boleh dimuat-turun secara percuma melalui App Store dan Google Play Store.