Setelah sekian lama kita tidak mendapat sebilangan kemaskini utama buat permainan Star Wars: Battlefront 2, hari ini EA dan DICE mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini permainan tersebut dengan kandungan baharu bermula 25 September 2019 ini.

Melalui kemaskini baharu ini, EA mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini dengan sebilangan kandungan baharu seperti peta lokasi baharu Felucia daripada siri Star Wars: The Clone Wars dan juga kelas watak baharu Clone Commando.

Watak kelas Clone Commando merupakan askar elit buat askar klon di dalam siri Star Wars yang mana mereka mempunyai senjata DC-17m Repeating Blaster Rfile dengan aksesori senjata berpeluru anti-perisai. Clone Commando juga mempunyai senjata gelombang kejutan yang kuat untuk menjatuhkan musuh, disamping kemahiran untuk tingkatkan serangan buat pasukan.

Menariknya sekali, mereka juga memperkenalkan mod koperasi baharu sebanyak 4 pemain secara serentak yang mana pemain berupaya untuk bekerjasama untuk melakukan misi secara koperasi dan bertempur dengan musuh-musuh AI.

Selain itu, mod Instant Action, iaitu bertempuran secara solo juga kembali di mana pemain berupaya untuk bermain mod peperangan berskala besar seperti mod multi-pemain sebelum ini, namun secara luar-talian dengan bertempur dengan musuh-musuh AI.

Terdapat beberapa kemaskini lain yang diumumkan oleh EA seperti kostum A New Hope buat watak Luke Skywalker dan juga Emote Darth Maul baharu yang pemain boleh dapatkan sekitar bulan Oktober ini. Tambahan itu, bersempena dengan filem Star Wars: Rise Of Skywalker bakal ditayangkan Disember ini, EA juga menyatakan kandungan khas berdasarkan filem tersebut juga bakal tiba buat permainan ini kelak. Namun informasi lanjut masih belum dikongsikan.

Semestinya kemaskini ini akan menarik kembali pemain untuk bermain semula permainan dan seperti yang dijanjikan oleh EA, kemaskini ini adalah percuma untuk semua orang yang memiliki permainan tersebut.

Star Wars: Battlefront 2 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC beberapa tahun lepas.

Sohor Kini