Informasi Permainan Video Terkini
Grandia HD Remaster Di PC Bakal Tiba 15 Oktober Ini – Versi Switch Bakal Menerima Kemaskini Baharu

Grandia HD Remaster Di PC Bakal Tiba 15 Oktober Ini – Versi Switch Bakal Menerima Kemaskini Baharu

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Sebelum ini, GungHo Online Entertainment melancarkan permainan pernambah-baikkan Grandia HD Collection di konsol Switch yang mana ianya menyertakan dua permainan Grandia pertama dan Grandia II dengan visual yang dinaik-taraf dengan beberapa pernambah-baikkan lain.

Terkini, mereka mengumumkan yang mana versi PC buat Grandia HD Remaster yang bakal tiba di Steam, akan dilancarkan pada 15 Oktober 2019 ini. Menariknya, pada hari yang sama, bagi permainan Grandia II Anniversary Edition yang sudah pun dijual di Steam, akan dikemaskini kepada Grandia II HD Remaster secara bersama.

Bersempena dengan pengumuman ini juga, GungHo Online Entertainment juga mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini permainan Grandia HD Collection untuk konsol Switch pada 12 November 2019 ini dengan sebilangan kemaskini yang mereka dapat daripada maklum balas pemain dan informasi lanjut berkenaannya akan dikongsikan kemudian.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Grandia, ianya merupakan siri JRPG yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol Playstation 1, Playstation 2 dan juga Dreamcast. Melalui versi pernambah-baikkan ini, ianya menyertakan sebilangan pernaik-tarafan visual, paparan antaramuka dan sokongan dwi-bahasa.

Semestinya bagi anda yang ingin mendapatkan permainan ini di PC, anda boleh berbuat demikian menjelang Oktober ini. Bagi versi Switch, ianya telah pun dilancarkan dengan harga $39.99(~RM168) melalui Nintendo eShop.


TIPS & ULASAN