Informasi Permainan Video Terkini
Dragon Ball FighterZ – Watak DLC Gogeta (SSGSS) Bakal Tiba Minggu Ini

Dragon Ball FighterZ – Watak DLC Gogeta (SSGSS) Bakal Tiba Minggu Ini

Diterbitkan pada Sep 24, 2019 oleh .

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, watak Gogeta (SSGSS) merupakan sebahagian daripada musim kedua buat watak DLC bagi permainan perlawanan Dragon Ball FighterZ.

Terkini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran watak DLC tersebut yang mana beliau bakal tiba pada 26 September 2019 ini di semua platform permainan tersebut.

Bagi anda yang meminati siri Dragon Ball Z, anda pasti mengetahui berkenaan watak Gogeta di mana beliau merupakan hasil cantuman antara watak Goku dan Vegeta. Melalui mod SSGSS (Super Saiyan God Super Saiyan), ianya adalah versi Super Saiyan paling berkuasa untuk siri Dragon Ball Super.

Seperti biasa, watak DLC ini boleh dibeli secara pas musim ataupun secara berasingan bermula minggu ini.

Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh Arc System Works dan dilancarkan oleh Bandai Namco, berdasarkan siri Dragon Ball. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.


TIPS & ULASAN