Take-Two Interactive dan Gearbox Software hari ini mengumumkan yang mana permainan Borderlands 3 yang baru sahaja dilancarkan awal bulan ini telah mencapai jumlah edaran sebanyak 5 juta salinan dengan hanya tempoh masa 5 hari sahaja sejak ia dilancarkan pada 13 September 2019 lepas.
Sekaligus meletakkan permainan ini adalah permainan jualan terpantas buat 2K Games yang mana hasil jualannya meletakkan lebih dari 50% pembelian berbanding permainan sebelum ini iaitu Borderlands 2. Selain itu, Take-Two Interactive juga melaporkan yang mana Borderlands 3 telah menjana lebih dari $1 bilion pendapatan, yang meletakkan ianya permainan kedua tertinggi buat permainan yang diterbitkan oleh 2K Games.
Semestinya ini adalah satu kejayaan yang harus dipuji dan semestinya ini meletakkan permainan ini di tahap yang tinggi dengan lebih dari 14 juta jam kandungan telah pun dipertontonkan di Twitch, menurut Take-Two Interactive lagi.
Borderlands 3 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Epic Games Store.