Skip to main content

CEO Sony Interactive Entertainment Jim Ryan hari ini mengumumkan komitmen mereka untuk menjaga persekitaran dengan menyertai gabungan bersama Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu Playing for the Planet.

Tambah beliau lagi, mereka telah melakukan pelbagai usaha untuk mengurangkan penggunaan tenaga oleh konsol mereka iaitu PlayStation 4. Berdasarkan anggaran mereka, PS4 telah mengelak daripada melepaskan hampir 16 juta ton metrik karbon dengan penggunaan teknologi yang menjimatkan penggunaan tenaga.

Bagi konsol PlayStation generasi baharu, beliau mengatakan yang ia akan menggunakan kuasa sebanyak 0.5 Watt sahaja semasa di Mod Standby berbanding PS4 yang menggunakan 8.5 watt atau 3 watt jika tidak menyertakan pengecasan USB berdasarkan laporan NDRC.

Dengan kata lain, jika 1 juta pemain menggunakan mod ini, ia telah menjimatkan eletrik sebanyak 1000 buah rumah di Amerika Syarikat.

Sejak diperkenalkan di PS4, mod Standby adalah satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan kepada ramai pemain, dengan penurunan lagi tenaga yang digunakan ia sudah semestinya akan menjadi mod ini lebih baik.

Leave a Reply