Informasi Permainan Video Terkini
Kejohanan Selangor Cyber Games Kembali – Bakal Berlangsung Oktober Ini Dengan Wang Hadiah Terkumpul RM215,000

Kejohanan Selangor Cyber Games Kembali – Bakal Berlangsung Oktober Ini Dengan Wang Hadiah Terkumpul RM215,000

Diterbitkan pada Sep 23, 2019 oleh .

Majlis Sukan Negeri Selangor hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa kembali kejohanan Selangor Cyber Games bagi tahun 2019 yang mana ianya bakal berlangsung pada 26 dan 27 Oktober ini di Centrai I-City, Shah Alam, Selangor.

Dengan wang hadiah terkumpul sebanyak RM215,000, kali ini mereka membawa 4 permainan yang akan dipertandingkan di mana berikut adalah senarai wang hadiah dan jumlah pasukan yang akan dipertandingkan:

  • Dota 2 – Wang hadiah terkumpul RM30,000
    • 128 pasukan bagi pusingan kelayakan
    • 8 pasukan akan ke peringkat akhir
  • PUBG Mobile – Wang hadiah terkumpul RM100,000
    • 512 pasukan bagi pusingan kelayakan
    • 11 pasukan akan ke peringkat akhir
    • 5 pasukan jemputan
  • FIFA 20 – Wang hadiah terkumpul RM55,000
    • 512 pemain
  • Tekken 7 – Wang hadiah terkumpul RM30,000
    • 128 pemain

Seperti anda sedia maklum, kejohanan merupakan acara ke-6 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri Selangor bersama-sama dengan Mineski Events Team Malaysia dan Big Machines.

Menurut Mineski, tahun ini mereka ingin memfokuskan 4 permainan yang akan dipertandingkan sahaja atas sebab mereka ingin memfokuskan pengalaman permainan yang lebih menarik buat pemain-pemain yang menyertai kejohanan ini.

Disamping itu, pentas kejohanan tersebut kali ini juga akan menyediakan pentas khas buat kejohanan PUBG Mobile, yang mana akan meletakkan 16 pasukan di atas pentas yang sama.

Tambahan itu, ketika acara tersebut berlangsung pada Oktober ini, pengajur-pengajur lain juga akan membuka pelbagai reruai dan aktiviti yang pengunjung boleh lakukan dengan pelbagai hadiah yang pemain boleh dapatkan. Menariknya, Tencent juga terlibat dengan acara ini yang mana mereka menjanjikan sebilangan kod-kod kandungan digital buat permainan PUBG Mobile yang pengunjung boleh dapatkan ketika acara tersebut.

Selain itu, bagi kejohanan PUBG Mobile dan Dota 2 juga, mereka akan mengadakan pusingan kelayakan secara atas-talian di mana pusingan kelayakan bagi:

  • Dota 2 – Akan bermula 19 Oktober 2019
  • PUBG Mobile – Akan bermula 5 Oktober 2019

Bagi anda yang berminat untuk membuat pendaftaran, ianya kini boleh dibuat melalui laman rasmi Selangor Cyber Games 2019 bermula hari ini yang mana ianya terbuka untuk semua dan pendaftaran akan ditutup jika jumlah pemain adalah penuh.

Untuk segala informasi lanjut berkenaan kejohanan ini, anda juga boleh ke laman rasmi Selangor Cyber Games 2019 di bawah.

Layari: Selangor Cyber Games 2019


TIPS & ULASAN