Informasi Permainan Video Terkini
Pusingan Kelayakan Asia Tenggara Untuk Kejohanan World Championship Brawl Stars Bermula Bulan Ini – Terbuka Untuk Semua

Pusingan Kelayakan Asia Tenggara Untuk Kejohanan World Championship Brawl Stars Bermula Bulan Ini – Terbuka Untuk Semua

Diterbitkan pada Sep 23, 2019 oleh .

ESL dan Supercell hari ini mengumumkan pusingan kelayakan untuk Brawl Stars World Championship Qualifiers bagi benua Asia Pasifik. Bagi pemain di Asia Tenggara pusingan kelayakan akan bermula pada 28 September ini.

Ia terbuka kepada semua pemain dari negara Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Brunei dan Timor Timur.

4 pasukan terbaik daripada pusingan kelayakan untuk Asia Tenggara akan layak ke pusingan akhir benua dan akan bertemu dengan 2 pasukan dari Australia dan New Zealand bersama dengan 2 pasukan jemputan daripada Indonesia dan India.

Pusingan akhir akan berlangsung pada 19 hingga 20 Oktober ini di The Pantheon, Kuala Lumpur untuk merebut tempat di kejohanan World Championship.

Pendaftaran kini dibuka dan anda boleh melakukanya di laman berikut – https://play.eslgaming.com/brawlstars/global/brawlstars/challenger/world-championship-sea


TIPS & ULASAN