Skip to main content

Beberapa jam yang lalu anugerah Emmy 2019 telah pun berlangsung. Dalam acara ini, satu filem Netflix telah memenangi anugerah “Outstanding TV Movie” – iaitu filem TV terbaik.

Filem ini adalah Black Mirror: Bandersnatch, iaitu filem interaktif yang memerlukan penonton menentukan pengakhiran filem ini. Filem ini telah menewaskan calon lain iaitu;  King Lear dari Amazon dan My Dinner with Herve dari HBO. Agak mengejutkan kerana, Amazon dan HBO boleh dikatakan hebat dalam penghasilan filem – tetapi Netflix berjaya menewaskan mereka.

Filem ini mempunyai beberapa penamat berbeza, mengikut jalan cerita yang penonton tentukan. Filem ini juga boleh menjadi ngeri, pelik dan menyeronokkan.

Leave a Reply