Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Berdasarkan Siri Animasi Netflix The Last Kids on Earth Bakal Tiba Pada Tahun 2021

Permainan Berdasarkan Siri Animasi Netflix The Last Kids on Earth Bakal Tiba Pada Tahun 2021

Diterbitkan pada Sep 23, 2019 oleh .

The Last Kids on Earth merupakan siri animasi Netflix yang di adaptasi daripada siri komik berjudul sama yang ditulis oleh Max Brallier dan dilukis oleh Douglas Holgate.

Hari ini, Atomic Cartoons, Cyber Group Studios dan Outright Games mengumumkan kerjasama untuk menghasilkan permainan video berdasarkan siri tersebut dan dijangka akan tiba sekitar tahun 2021 untuk konsol dan juga PC.

Outright Games merupakan penerbit permainan yang mengambil IP daripada siri animasi dan juga filem seperti Ice Age dan Jumanji.

Permainan tersebut akan dihasilkan dengan seliaan oleh penerbit untuk siri animasi. Siri animasi sudah mula ditayangkan di Netflix, ia adalah mengenai Jack bersama dengan rakan-rakan beliau cuba melawan zombi.


TIPS & ULASAN