Square Enix hari ini mengumumkan acara kolaborasi untuk permainan mudah alih mereka iaitu Final Fantasy Brave Exvius bersama dengan Kingdom Hearts Union χ bermula sekarang sehingga 3 Oktober 2019.

Melaluinya pemain berupaya untuk mendapat pelbagai ganjaran dengan melawan boss khas iaitu Heartless: Large Body untuk Final Fantasy Brave Exvius dan menyelesaikan peringkat pertama bagi cabaran Big Bonus di dalam Kingdom Hearts Union χ.

Sebahagian daripada acara tersebut pemain juga berupaya untuk mendapat 10+1 summon yang mempunyai jaminan untuk mendapat watak 5-bintang, senjata Starlight dan juga aksesori Sora Medal.

Manakala untuk permainan Kingdom Hearts, pemain berpeluang untuk mendapat 10-Medal Draw yang akan menyertakan satu Supernova Medal, 90 Gems, 1000 Jewels dan juga avatar KH III Riku Doll.

Bagi Brave Exvius, watak Riku serta Sephiroth daripada Kingdom Hearts yang pertama boleh didapati melalui summon waktu terhad. Sora dan Cloud juga boleh didapati buat masa terhad.

Bagi anda yang bermain kedua permainan mudah alih tersebut, inilah peluang untuk mendapatkan pelbagai ganjaran dan juga watak-watak waktu terhad.

Sohor Kini