Tencent hari ini mengumumkan pelancaran kemaskini 0.14.1 untuk PUBG Mobile Lite di mana ia menyertakan pelbagai penambahan kandungan khas untuk permainan versi tersebut.
Antara yang disertakan adalah satu peta baharu iaitu Golden Woods dan ia adalah peta eksklusif untuk versi Lite dan tidak disertakan di versi-versi yang lain. Peta ini menjanjikan pertempuran yang lebih pantas.
Selain itu, kemaskini ini juga persediaan untuk musim baharu yang akan bermula pada 1 Oktober kelak. Ia juga menyertakan pelbagai cabaran, mod, senjata dan juga kenderaan baharu.
Kemaskini ini akan tiba secara berperingkat kepada pemain bermula sekarang.