Sebelum ini, Curve Digital mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan berdasarkan siri Netflix Narcos dan kini, permainan tersebut akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu Narcos: Rise Of The Cartels.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan Narcos, ianya adalah siri Netflix yang memfokuskan pengedar dadah terkenal iaitu Pablo Escobar. Menurut Curve Digital, permainan ini akan dilancarkan sekitar penghujung tahun ini di konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Menariknya, berdasarkan video acah diatas, permainan ini kelihatan akan mempunyai bentuk permainan secara taktikal secara turutan yang mana ianya kelihatan lebih beraksi, seakan siri permainan XCOM. Menurut Curve Digital juga, pemrainan ini akan membenarkan pemain untuk bermain sebagai Cartel Medellin ataupun DEA yang mana ianya mempunyai kempen permainan yang berbeza.

Seperti biasa, kami pasti akan mengemaskini informasi lanjut jika ianya diumumkan kelak.

Sohor Kini