Seperti yang diura-urakan sebelum ini, Epic Games akhirnya mengesahkan yang acara khas Fortnite X Batman bakal hadir ke permainan pertempuran royale mereka.
Namun, pengumuman lanjut mengenainya akan tiba pada esok 21 September 2019 pada pukul 8 malam. Melalui yang tertiris telah diperlihatkan beberapa barangan seperti peta lokasi permainan, di campur juga dengan senjata dan Glider bertemakan Batman.
Selain Fortnite, Epic Games juga menawarkan 6 permainan percuma berdasarkan watak adiwira tersebut melalui Epic Games Store yang kini sudah boleh dimuat turun.
Ia juga bukan kerjasama pertama kali di antara Epic Games dan Warner Bros yang sebelum ini bekerjasama untuk mengeluarkan Fortnite secara fizikal.
Kami akan kemaskini apabila maklumat lanjut dikongsi esok. Jika anda ingin menonton sendiri pengumuman esok, kami sertakan video di bawah.