Skip to main content

Piala Dunia Overwatch akan berlangsung November ini, dan pasukan Malaysia telah mengumumkan senarai pemain sebelum ini.

Bersempena dengan itu, Foundry Esports telah menganjurkan Overwatch SEA Invitational untuk memberi peluang kepada pasukan-pasukan Piala Dunia untuk bertanding.

Kejohanan ini akan melibatkan 8 pasukan iaitu Taiwan, Hong Kong, Jepun, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura dan Thailand. Pemenang kejohanan ini akan mendapat tiket pergi dan balik ke Piala Dunia Overwatch di Amerika Syarikat kelak.

Pusingan awal akan berlangsung pada 21 September 2019 di mana pasukan Malaysia akan bertemu dengan pasukan Taiwan untuk pusingan kalah mati. Peringkat seterusnya termasuk akhir akan berlangsung pada 22 September 2019.

Jika anda berminat untuk menonton pertandingan tersebut, anda boleh menontonnya di laman Twitch untuk Overwatch Contenders ia akan bermula pada pukul 11 pagi.

Leave a Reply