Bandai Namco telah mengeluarkan demo untuk permainan aksi mereka Code Vein pada awal bulan ini, minggu ini melalui kicauan di akaun Twitter Code Vein, mereka mengumumkan yang demo tersebut bakal menerima kemaskini.

Melalui kemaskini tersebut, ia akan menyertakan satu peringkat baharu yang lebih sukar iaitu The Town of Sacrifice, selain itu ia juga akan menyertakan mod koperasi secara dalam talian.

Kemaskini ini akan tiba sekitar hari ini, ataupun pada awal hari esok. Jika anda sudah mencuba demo ini, dan inginkan lebih kandungan ini adalah peluang anda. Demo Code Vein kini boleh didapati untuk PlayStation 4 dan Xbox One.

Sohor Kini