Square Enix Asia hari ini mengumumkan yang mereka bakal mengeluarkan pek permainan Final Fantasy 7 Dan Final Fantasy 8 Remastered untuk Switch secara bersama. Menariknya lagi, ia juga ditawarkan secara fizikal.
Ia diumumkan untuk pasaran Asia, dan akan tiba sekitar tahun ini tetapi tiada tarikh tetap yang dinyatakan termasuk juga harga ia akan dijual. Secara berasingan, Final Fantasy 7 dijual dengan harga $15.99 (RM67) dan Final Fantasy 8 Remastered pula berharga $19.99 (RM83).
Oleh kerana Final Fantasy 9 turut dikeluarkan untuk Switch, ia lebih menarik jika ia menjadi pek permainan untuk 3 permainan berbanding 2 permainan sahaja.