Beberapa hari lepas, telah kami senaraikan 53 senarai permua yang hadir pada Apple Arcade. Sayang sekali, Apple Arcade hanya boleh dilanggan oleh pengguna iOS 13 sahaja dan tidak boleh dilanggan oleh semua pengguna iPhone. Sekitar satu jam lepas, iOS 13 versi stabil telah diedarkan oleh Apple dan Apple Arcade kini boleh dilanggan oleh semua yang telah mengemaskini iPhone kepada iOS 13.

Apple Arcade merupakan platform langganan permua dari Apple. Ia juga merupakan sejenis platform langgana baharu. Harga langganan rasmi di Malaysia adalah RM19.90 sahaja. Lebih menarik, bagi mereka yang tidak pasti sama ada berbaloi atau tidak langganan Apple Arcade ini – Apple menawarkan satu bulan langganan percuma kepada semua pengguna. Setiap permua ini juga adalah ekslusif kepada Apple Arcade sahaja dan tidak boleh didapatkan pada Android. Ia juga menyokong rentas-platform antara macOS, iOS dan iPadOS. Tetapi iPadOS belum boleh bermain permua Apple Arcade lagi – kerana kemaskini iPadOS 13 hanya akan hadir minggu hadapan.
Jika anda telah melanggannya, cuba main dahulu beberapa permua dan kongsikan pendapat anda.