Skip to main content

Permainan berdasarkan filem John Wick, iaitu John Wick Hex oleh Good Sheperd Entertainment akhirnya mendapat tarikh pelancaran rasmi yang mana ianya bakal tiba di PC melalui Epic Games Store pada 8 Oktober 2019 ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan ini memfokuskan bentuk pertempuran aksi strategi yang mana ianya mempunyai elemen Gun-Fu yang sangat mendalam.

Dari segi penceritaan, Lionsgate Games mengesahkan bahawa permainan ini akan mengembangkan daripada penceritaan asal filem dan ia akan mempunyai penceritaan asli yang dihasilkan khas buat permainan ini.

Bagi anda yang berminat, permainan tersebut sudah pun boleh dipra-tempah di Epic Games Store dengan harga hanya $9.99(~RM42) sahaja.

Leave a Reply