Nintendo Switch Lite akan dilancarkan secara rasmi hari ini yang mana ianya merupakan versi yang lebih kecil dan ringan untuk konsol Switch, yang diumumkan beberapa bulan lepas.

Sudah pastinya terdapat beberapa kedai di Malaysia yang telah pun membuka pra-tempahan konsol tersebut seperti mana yang kami kongsikan sebelum ini.

Terkini, dengan pelancaran konsol tersebut hari ini, Nintendo berkongsi satu video khas yang mana mereka menyah-kotak konsol tersebut, disamping membuat perbezaan saiz dengan konsol asal Switch.

https://www.youtube.com/watch?v=zPLu2z6yB5k

Melalui video tersebut, Krysta dan Kit memperlihatkan sebilangan fungsi dan beberapa aspek rekaan Switch Lite seperti lokasi kad SD bersama-sama kandungan yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Selain itu, mereka berdua juga kemudian memperlihatkan perbezaan saiz dengan Nintendo Switch asal yang mana pasti, Switch lite mempunyai rekaan yang lebih kecil dengan skrin bersaiz 5.5 inci, berbanding Switch asal yang mempunyai saiz skrin sebesar 6.2 inci.

Semestinya bagi anda yang berminat, kami percaya ianya akan mula dijual di mana-mana pengedar rasmi Maxsoft bermula hujung minggu ini dan kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi tambahan berkenaannya

Sohor Kini