Informasi Permainan Video Terkini
Terminator Resistance Diumumkan Secara Rasmi – Permainan Penembak Pandang Pertama Berdasarkan Francais Terminator
PC

Terminator Resistance Diumumkan Secara Rasmi – Permainan Penembak Pandang Pertama Berdasarkan Francais Terminator

Diterbitkan pada Sep 19, 2019 oleh .

Semestinya dengan bakal tibanya filem Terminator: Dark Fate sekitar November ini, siri tersebut sekali lagi pasti akan menjadi tumpuan ramai tahun ini di mana Reef Entertainment dan Teyon mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan berdasarkan francais Terminator.

Dengan nama Terminator Resistance, permainan tersebut akan memfokuskan bentuk penembak pandang pertama dan ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 3 Disember 2019 ini.

Menurut Reef Entertainment, Terminator Resistance akan memfokuskan bentuk solo yang mana ianya mempunyai penceritaan asli berdasarkan filem The Terminator dan Terminator 2: Judgment day. Melalui permainan ini, ia akan memfokuskan lokasi pasca-apokaliptik bandaraya Los Angeles, 30 tahun selepas insiden filem Terminator 2: Judgement Day dan ianya akan mengembangkan penceritaan peperangan di dalam filem tersebut.

Watak yang pemain akan bermain adalah watak baharu Jacob Rivers, seorang askar pemberontak dari Resistance Pacific Division dan seperti biasa, pemain akan bertempur dengan robot-robot dari Skynet untuk mempertahanan manusia daripada pupus.

Selain daripada bentuk penceritaan solo. permainan ini juga akan menyertakan pelbagai jenis bentuk permainan dengan sebilangan senjata yang pemain boleh gunakan, termasuklah mempelajari kemahiran baharu dan juga melakukan misi sampingan.

Buat masa ini tidak banyak informasi yang dikongsikan, namun kami pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN