Epic Games kini akhirnya melancarkan tawaran permainan percuma bagi minggu ini melalui Epic Games Store di mana bermula hari ini sehingga 26 September ini, anda boleh dapatkan permainan 6 permainan Batman yang terdiri daripada:
- Batman Arkham Asylum
- Batman Arkham City
- Batman Arkham Knight
- LEGO Batman: The Video Game
- LEGO Batman 2: DC Super Heroes
- LEGO Batman 3: Beyond Gotham

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan permainan siri permainan Batman Arkham Collection, ianya adalah koleksi permainan Batman yang dibangunkan oleh Rocksteady yang dilancarkan beberapa tahun lepas bermula dengan Batman Arkham Asylum, Batman Arkham City dan Batman Arkham Knight. Permainan tersebut sebelum ini tertiriskan akan dilancarkan secara bersama.
Manakala permainan LEGO Batman Trilogy pula merupakan koleksi permainan LEGO Batman oleh Warner Bros. Interactive yang dilancarkan sebelum ini.
Semestinya dengan tawaran ini, anda boleh memiliki permainan tersebut secara terus jika anda menebusnya minggu ini sahaja. Selain itu, Epic Games Store juga memperlihatkan senarai permainan percuma buat minggu hadapan iaitu Everything dan Metro 2033 Redux.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, anda boleh ke pautan di bawah.
[download] Muat-Turun: Koleksi Permainan Batman [/download]