Informasi Permainan Video Terkini
Sony Umum Acara Penstriman State Of Play Bakal Berlangsung Minggu Hadapan

Sony Umum Acara Penstriman State Of Play Bakal Berlangsung Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 19, 2019 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara State Of Play minggu hadapan secara langsung melalui saluran rasmi Twitch, Youtube dan juga melalui akaun sosial media rasmi Playstation di Twitter dan Facebook.

Seperti anda sedia maklum, State Of Play merupakan acara penstriman oleh Sony Interactive yang mana mereka akan berkongsi sebilangan informasi baharu berkenaan konsol dan permainan oleh mereka seakan acara Nintendo Direct yang dilakukan oleh Nintendo.

Bagi waktu tempatan, ianya akan berlangsung pada awal pagi Rabu, iaitu 25 September 2019 sekitar jam 4 pagi.

Menurut Sony, acara tersebut akan berdurasikan sekitar 20 minit dan akan memaparkan kandungan baharu berkenaan permainan pihak pertama dari pembangun Worldwide Studios dan sebilangan kemaskini lain termasuklah pengumuman permainan baharu.

Meskipun begitu, Sony mengesahkan bahawa informasi berkenaan konsol Playstation tidak akan dikongsikan.

Kami di Aksiz pasti akan berkongsi kesemua pengumuman mereka setelah ia diperlihatkan secara rasmi minggu hadapan.


TIPS & ULASAN