Selepas tertiris sebelum ini, Creative Assembly akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan baharu untuk siri Total War Saga iaitu Troy. Ia mengambil inspirasi daripada cerita yang ditulis oleh Homer melalui Iliad, di mana ia memfokuskan kepada peperangan Trojan.
Buat masa ini masih tiada tarikh tetap yang dinyatakan, akan tetapi ia akan tiba sekitar tahun 2020. Total War Saga iaitu Thrones of Britannia dikeluarkan pada tahun 2018.
Total War Saga merupakan permainan sampingan kepada siri Total War, berbeza dengan Total War, permainan ini memfokuskan kepada satu peristiwa sahaja.