Skip to main content

Sepertimana yang diumumkan di acara Indie World Ogos lepas, permainan strategi oleh Shiro Games akan dikeluarkan untuk Switch pada 26 September 2019.

Permainan tersebut sudah dikeluarkan untuk PC secara akses awal pada tahun 2017 sebelum dikeluarkan secara penuh pada tahun 2018. Selain Switch, ia juga diumumkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One yang akan tiba pada awal Oktober tahun ini.

Northgard yang sudah terjual lebih 1 juta unit di Steam sudah mempunyai dua penambahan utama iaitu Ragnarok dan Relics di mana ia akan disertakan bersama dengan versi konsol yang akan dikeluarkan kelak.

Bagi Switch, ia kini tersenarai dengan harga $34.99 (RM146).

Leave a Reply