September boleh dikatakan sebagai bulan permainan bola sepak, dengan eFootball PES 2020 sudah dikeluarkan manakala FIFA 20 pula akan tiba tidak lama lagi, namun, jika anda mencari permainan bola sepak yang lebih untuk, Football Drama mungkin menarik minat anda.
Football Drama merupakan permainan pengembaraan strategi kad berdasarkan bola sepak yang turut menyertakan elemen penceritaan. Ia dibangunkan oleh Open Lab Games dan sudah dikeluarkan untuk Android, iOS dan PC.

Di dalam permainan ini, anda perlu membuat pelbagai pilihan untuk penceritaan yang akan memberi kesan kepada jenis kad yang anda peroleh untuk digunakan semasa perlawanan bola sepak. Perlawanan bola sepak juga akan mengikut turutan di mana setiap pergerakan akan dipilih berdasarkan pilihan yang ada.
Jika anda berminat, ia boleh didapati di Play Store dengan harga RM25.99, App Store dengan harga RM19.99 dan di Steam dengan harga RM28.