Skip to main content

Microids sebelum ini telah pun melancarkan ketiga-tiga siri permainan Syberia di konsol Switch yang mana ianya boleh dibeli secara digital ataupun fizikal.

Terkini, Microids mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas ketiga-tiga permainan tersebut secara bersama yang mana ia akan menyertakan Syberia, Syberia 2 dan Syberia 3 menjelang 31 Oktober 2019 ini.

Syberia merupakan siri permainan pengembaraan yang memfokuskan watak Kate Walker, seorang peguam dari New York yang mana beliau perlu menyelesaikan sebilangan misteri dari rantau Eropah sehinggalah ke Russia.

Permainan ini asalnya dilancarkan di beberapa platform sejak pelancaran asalnya beberapa tahun lepas. Ianya juga menerima kemaskini permainan pernambah-baikkan di Playstation 4 dan juga di PC.

Microids juga sebelum ini mengumumkan yang mana mereka kini sedang membangunkan permainan ke-4 buat siri Syberia dengan nama Syberia: The World Before. Namun buat masa ini informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan.

Leave a Reply