Fortnite sememangnya terkenal dengan acara kolaborasi antara francais-francais lain seperti Marvel, John Wick dan sebagainya yang mana mereka bukan sahaja menyertakan bentuk permainan yang unik, malah pelbagai watak dan kostum yang pemain boleh dapatkan.

Terkini, tampaknya satu lagi acara kolaborasi bakal berlangsung hujung minggu ini, iaitu adiwira terkenal Batman dari DC.

Menurut laporan PC Gamer, seorang pengguna telah menemui beberapa kandungan Batman di dalam kemaskini terbaru buat permainan Fortnite yang mana terdapat beberapa perubahan dari segi peta lokasi permainan, di campur juga dengan senjata dan Glider bertemakan Batman.

Selain itu, seperti anda sedia maklum, Epic Games Store iaitu kedai atas talian Epic Games, pemilik permainan Fortnite, menawarkan permainan percuma setiap minggu. Menariknya sekali, bermula hujung minggu ini, mereka akan menawarkan permainan berdasarkan siri Batman, sekaligus ianya mungkin adalah berkaitan dengan acara Batman yang bakal tiba di Fortnite.

Buat masa ini, informasi lanjut masih lagi belum diumumkan dan kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Selain itu, kemaskini terbaru oleh Epic Games buat permainan Fortnite versi permua juga menyertakan beberapa fungsi baharu seperti “Party Hub” yang mana ianya kini membenarkan pemain untuk berhubung dengan rakan-rakan di atas-talian untuk menggunakan fungsi perbualan suara antara semua platform.

Untuk informasi lanjut berkenaan “Party Hub”, anda boleh ke pautan ini.

Sohor Kini