Skip to main content

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, Ubisoft akan mengadakan sesi beta buat permainan akan datang Ghost Recon Breakpoint, yang mana kini tarikh beta tersebut akhirnya diumumkan iaitu ia bakal bermula minggu hadapan di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga di PC. Semestinya dengan beta terbuka, ianya adalah boleh di akses buat semua pemain.

Berikut adalah jadual penuh buat sesi beta Ghost Recon: Breakpoint mengikut platform dan waktu tempatan.

  • Pra-Muatan Permainan (PC Epic Games Store) 23 September 2019 jam 11 Malam
  • Pra-Muatan Permainan (Xbox One, PC Uplay) : 24 September 2019 jam 6 Petang
  • Pra-Muatan Permainan (PS4) : 25 September 2019 jam 11 Pagi
  • Sesi Beta bermula (PS4, Xbox One, PC Uplay) : 26 September 2019 jam 6 Petang
  • Sesi Beta bermula (PC Epic Games Store) : 26 September 2019 jam 11 Malam
  • Sesi Beta tamat (Semua Platform) : 29 September 2019 jam 10 Malam

Menurut Ubisoft, sesi beta terbuka ini akan membenarkan pemain untuk bermain secara solo ataupun secara multi-pemain sehingga empat pemain. Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain 5 misi yang tersedia untuk mod koperasi dengan 6 lokasi rantau dunia terbuka yang luas.

Selain itu, mod 4 lawan 4 pemain Ghost War juga boleh dicuba melalui sesi beta ini yang man ianya menyertakan 3 peta lokasi untuk pemain cuba.

Bersempena dengan pengumuman ini, Ubisoft juga berkongsi satu video acah aksi-nyata khas yang memperlihatkan penyanyi rapper terkenal, Lil Wayne bermain permainan Ghost Recon Breakpoint dengan elemen koperasi.

Tom Clancy’s Ghost Recon: Breakpoint bakal dilancarkan pada 4 Oktober 2019 ini di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply