Informasi Permainan Video Terkini
Bentuk Permainan Simulasi Planet Zoo Diperlihatkan – Sesi Beta Bakal Berlangsung Minggu Hadapan
PC

Bentuk Permainan Simulasi Planet Zoo Diperlihatkan – Sesi Beta Bakal Berlangsung Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Sep 18, 2019 oleh .

Sebelum ini, Frontier Developments mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan simulasi pembinaan iaitu Planet Zoo khas untuk PC dan kini, mereka berkongsi satu video khas yang memperlihatkan bentuk permainan disamping tarikh sesi beta.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Planet Zoo merupakan permainan simulasi pembinaan yang mana pemain berupaya untuk mengurus dan megnhasilkan zoo tersendiri.

Melalui video di atas, Frontier Development memperlihatkan sebilangan bentuk permainan buat mod utama permainant ersebut seperti keupayaan untuk mengurus sebilangan Zoo, dan juga menyertakan barangan mainan buat haiwan-haiwan. Menariknya, permainan ini juga kelihatan akan menyertakan pelbagai jenis haiwan dari haiwan bersaiz besar seperti Gajah, sehinggalah haiwan kecil seperti burung merak.

Frontier Development juga mengesahkan bahawa bermula minggu hadapan, iaitu 24 September sehingga 8 Oktober, mereka akan mengadakan sesi beta khas. Namun, akses beta tersebut adalah khas buat mereka yang membuat pra-tempahan untuk edisi Deluxe sahaja.

Namun, bagi anda yang berminat untuk membuat pra-tempahan permainan tersebut, ianya kini sudah pun tersenarai di Steam yang mana edisi biasa dijual dengan harga RM129, manakala edisi Deluxe pula berharga RM158.75.

Planet Zoo akan dilancarkan pada 6 November 2019 ini khas di PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN