Informasi Permainan Video Terkini
Ace Combat 7: Skies Unknown – Senarai Tarikh Pelancaran Buat DLC Seterusnya Diumumkan
PC

Ace Combat 7: Skies Unknown – Senarai Tarikh Pelancaran Buat DLC Seterusnya Diumumkan

Diterbitkan pada Sep 18, 2019 oleh .

Bandai Namco hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran untuk 3 lagi kandungan pas musim buat permainan Ace Combat 7: Skies Unknown yang mana ianya bakal tiba tahun ini.

3 kandungan yang diumumkan tersebut akan menyertakan beberapa jet pejuang baharu dan termasuklah kandungan penceritaan tambahan khas. Berikut adalah senarai dan tarikh pelancarannya:

  • DLC 4 Unexpected Visitor – 25 September 2019
  • DLC 5 Anchorhead Raid – 23 Oktober 2019
  • DLC 6 Ten Million Relief Plan – 27 November 2019

Ace Combat 7: Skies Unknown merupakan permainan simulasi jet pejuang oleh Bandai Namco. Permainan tersebut telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Kami di Aksiz juga telah mengulas permainan tersebut dimana anda boleh membacanya di bawah.


TIPS & ULASAN