The Pokémon Company hari ini berkongsi Pokémon baharu yang bakal tiba buat permainan akan datang mereka iaitu Sirfetch’d, di mana ianya adalah Pokémon evolusi khas dari Farfetch’d.

Menurut mereka, Sirfetch’d akan tiba secara eksklusif di permainan Pokémon Sword sahaja. Semestinya bentuk Pokémon eksklusif adalah tidak asing memandangkan Nintendo sebelum ini serang melakukan bentuk sebegini untuk menggalakkan pemain menukar Pokémon sesama pelatih.

Seperti yang diterangkan di atas, Sirfetch’d adalah Pokémon evolusi khas dari Farfetch’d yang mana ianya hanya akan berevolusi di rantau Galar sahaja. Menurut The Pokémon Company, Sirfetch’d adalah Pokémon berkelaskan “Fighting” dan seperti yang anda lihat di video di atas, ianya mempunyai batang daun bawang dan perisai untuk dijadikan sebagai senjata.

Sememangnya dari segi rekaan, ianya mempunyai ciri-ciri Pokémon Farfetch’d yang mana pasti akan menggembirakan mereka yang meminati Pokémon dari generasi pertama.

Kami sebelum ini juga berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan ini yang mana anda boleh membacanya di pautan ini.

Pokémon Sword dan Pokémon Shield bakal dilancarkan pada 15 November 2019 ini khas di konsol Switch.

Sohor Kini