Informasi Permainan Video Terkini
5 Lagi Permainan Diumumkan Bakal Tiba Di Xbox Game Pass Pada Bulan Ini

5 Lagi Permainan Diumumkan Bakal Tiba Di Xbox Game Pass Pada Bulan Ini

Diterbitkan pada Sep 18, 2019 oleh .

Ogos lepas, Microsoft mengumumkan sebilangan permainan menarik yang tiba di langganan Xbox Game Pass, termasuklah Devil May Cry 5 yang mana pasti membuatkan langganan tersebut menjadi lebih berbaloi.

Kini, Microsoft meneruskan lagi pengumuman mereka untuk senarai permainan Xbox Game Pass seterusnya yang mana terdiri daripada 5 permainan iaitu Jump Force dan Bloodstained: Ritual Of The Night bakal tiba pada 19 September 2019 ini.

Manakala 3 lagi permainan adalah Bad North, Dirt Rally 2.0 dan LEGO Worlds yang mana ia bakal tiba pada 26 September kelak. Ini sekaligus meletakkan nilai langganan Xbox Game Pass semestinya sangat berbaloi.

Selain itu, dari segi ganjaran misi Xbox Game Pass pula, anda kini berpeluang untuk mendapat sebilangan nilai mata ganjaran Microsoft Rewards dengan bermain permainan:

  • Devil May Cry – Dapatkan 1 Pencapaian (100 Microsoft Rewards)
  • Sea Of Thieves – Dapatkan 2 Pencapaian (100 Microsoft Rewards)
  • Tingkatkan nilai Gamerscore dalam tempoh masa 19 hingga 28 September (Ganjaran sehingga 10,000 Microsoft Rewards)

Seperti anda sedia maklum, nilai Microsoft Rewards yang anda dapatkan boleh digunakan untuk menebus langganan-langganan di Xbox One ataupun PC.


TIPS & ULASAN