Bersempena dengan ulang tahun ke-15 buat siri Ninja Gaiden, Koei Tecmo minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa watak Momiji dari siri Ninja Gaiden sebagai watak DLC buat permainan perlawanan Dead Or Alive 6.

Menurut Koei Tecmo, watak Momoji boleh akan dilancarkan pada 19 September 2019 iuni yang mana ianya akan menyertakan 5 kostum pilihan buat pemain secara bersama.

Juga pada tarikh yang sama Koei Tecmo juga akan melancarkan set kostum “Morphing Ninja” yang mana ianya akan menyertakan 26 kostum tambahan buat watak-watak di dalam permainan tersebut.

Dead Or Alive 6 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC di mana kami juga sebelum ini telah pun mengulasnya di sini. Koei Tecmo juga sebelum ini telah pun melancarkan versi percuma buat permainan perlawanan ini iaitu Dead Or Alive 6: Core Fighters.

Sohor Kini