Tampaknya, Bandai Namco mungkin akan membawa kembali beberapa permainan klasik seperti siri Klonoa dan Mr. Driller di mana minggu ini, mereka menanda tanda dagang buat sebilangan permainan dengan tajuk “Encore” iaitu nama permainan yang dipernambah-baikkan sebelum ini seperti Katamari Damacy Encore. Namun, permainan tersebut dilancarkan secara global dengan Katamari Damacy Reroll.

Meskipun begitu, 5 permainan yang disenaraikan adalah:

  • Klonoa Encore
  • Splatterhouse Encore
  • Wagyan Land Encore
  • Mr. Driller Encore
  • Genpei Touma Den Encore

Kami juga percaya, Bandai Namco mungkin akan melancarkan permainan tersebut sebagai permainan pernambah-baikkan sahaja dan bukannya satu permainan olahan semula.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan permainan tersebut masih belum diumumkan dan semestinya sebagai seorang peminat buat siri Klonoa dan Mr. Driller, kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk menyelami semula permainan klasik tersebut di konsol generasi kini.

Sohor Kini