Skip to main content

Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, akses beta untuk rekaan baharu Steam kini akhirnya tiba buat semua pengguna di mana bagi anda yang berminat untuk mencubanya, ianya boleh diakses melalui pautan ini dan mengubah tetapan akaun anda kepada akaun beta.

Seperti yang dilaporkan oleh kami, beta terbuka ini adalah memfokuskan kepada bahagian perpustakaan di mana koleksi permainan diperlihatkan. Menurut mereka, rekaan baharu perpustakaan ini akan memudahkan pemain untuk mendapat informasi mengenai permainan yang baru dimainkan termasuklah tetapan untuk menyusun permainan dengan lebih terperinci.

Selain itu, Valve juga menyatakan bahawa mereka mengemaskini sebilangan rekaan antara muka untuk memudahkan pemain melihat permainan yang sedang dimainkan oleh rakan pemain, termasuklah kebolehan untuk menetapkan permainan dengan mudah hanya tarik dan letak sahaja.

Bagi anda yang berminat untuk mencubanya, anda boleh ke pautan di bawah.

[info] Akses Beta: Steam Rekaan Baharu[/info]

Leave a Reply