League Of Legends iaitu permainan pertempuran arena multi-pemain (MOBA) yang sangat terkenal oleh Riot Games, dilancarkan pada 2009 lepas dan kini, sempena ulang tahun ke-10 buat permainan tersebut, Riot Games mengumumkan mereka akan mengadakan satu acara khas bersempena dengannya.
Menurut Riot Games, mereka akan mengadakan acara khas secara penstriman langsung bermula 9 pagi pada 16 Oktober 2019 ini bagi waktu tempan melalui saluran rasmi Youtube mereka.
Melaluinya, mereka akan berkongsi sebilangan saat menarik buat permainan tersebut disamping berkongsi sebilangan kandungan tambahan yang bakal tiba pada masa akan datang.
Riot Games juga menyatakan bahawa permainan League Of Legends sememangnya mendapat sambutan yang baik setelah 10 tahun pelancarannya dengan jumlah pemain serentak sehingga 8 juta pemain setiap hari, sekaligus meletakkan permainan tersebut adalah permainan di PC dengan jumlah pemain tertinggi.
Tambahan itu, mereka juga bermula dengan acara ulang tahun ini dengan rekaan logo baharu buat permainan tersebut yang mana ia memaparkan rekaan yang lebih moden dengan beberapa ikon yang berlainan.
Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaannya dan kami juga percaya Riot Games akan berkongsi informasi lanjut berkenaan permua League Of Legends yang tertiris sebelum ini.