Seperti yang sering dilaporkan oleh kami sebelum ini, Hi-Rez Studios kerap berkongsi yang mana permainan mereka menyokong fungsi rentas-platform antara konsol Xbox One, Switch dan juga PC. Selain itu, mereka sering bercakap untuk membawa fungsi tersebut ke konsol Playstation 4.

Terkini, menurut Hi-Rez Studios, fungsi tersebut akhirnya akan tiba secara rasmi di Playstation 4, sekaligus meletakkan permainan-permainan keluaran mereka iaitu SMITE, Paladins dan Realm Royale akan menyokong rentas-platform antara semua konsol dan PC.

Menurut Hi-Rez Studios, fungsi rentas platform di Playstation 4 bagi permainan Paladins dan SMITE telah pun bermula dan bagi permainan Realm Royale pula ianya akan tiba pada awal Oktober ini.

Bagi platform lain seperti PC, Xbox One dan Switch, fungi rentas-platform buat ketiga-tiga permainan tersebut telah pun dilancarkan sebelum ini. Malah, fungsi ini juga akan menyokong fungsi perbualan suara dan carta peringkat permainan mengikut rentas-platform.

Tambahan itu, Hi-Rez Studios juga mengesahkan permainan mereka akan datang iaitu Rogue Company juga akan menyokong fungsi rentas-platform apabila ianya dilancarkan kelak.

Semestinya ini adalah satu pengumuman yang sangat menarik dan bagi anda yang ingin mengetahui informasi lanjut, anda boleh ke laman rasmi Hi-Rez Studios untuk melihat dan membaca beberapa atur cara yang mereka sediakan.

Sohor Kini