Skip to main content

Sebelum ini, kami melaporkan yang mana Football Manager 2020 akan dilancarkan November ini oleh SEGA di PC dan beberapa platform lain seperti Switch bersama-sama dengan versi permua di iOS dan Android.

Terkini, Miles Jacobson iaitu pengarah buat pembangun permainan tersebut, Sport Interactive bersama-sama dengan pemain bola sepak profesional Hector Bellerin, berkongsi yang mana edisi fizikal buat permainan tersebut akan dilancarkan dengan bekas yang mesra alam.

Menurut Miles Jacobson, bekas dan pembungkusan permainan Football Manager akan dihasilkan dengan bahan-bahan yang boleh dikitar semula, dari pembalut sehinggalah dakwat yang dicetak. Miles juga membuat jenaka yang mana keseluruhan bekas permainan tersebut boleh dimakan.

Miles Jacobson, pada masa yang sama menyatakan bahawa kos untuk menghasilkan bekas ini juga adalah lebih mahal, sebanyak 30% lebih, namun semestinya tindakan ini akan mengurangkan lagi penggunaan plastik. Menurut beliau lagi, dengan pengeluaran bekas yang mesra alam ini juga, mereka berjaya jimat lebih dari 20 tan plastik.

Semestinya ini adalah satu tindakan yang sangat menarik oleh Sport Interactive dan Miles Jacobson juga menyatakan jika tindakan ini dilakukan oleh kebanyakan penerbit permainan lain, ianya pasti memberi kesan yang positif sebagai industri yang lebih mesra alam.

Leave a Reply