Skip to main content

Kejohanan After 5 Gaming League oleh Predator bakal kembali pada 28 dan 29 September ini bersempena dengan acara Server DNA 4.0 yang bakal berlangsung pada tarikh yang sama.

Melalui kejohanan ini, Predator akan mengadakan pertandingan buat permainan DOTA 2 dan Counter-Strike: Global Offensive yang mana pendaftaran sudah pun dibuka melalui laman rasmi kejohanan tersebut.

Menariknya sekali, penyertaan adalah percuma dan terbuka buat semua pemain di mana mereka berpeluang untuk merebut wang hadiah terkumpul sehingga RM20,000. Selain itu, dua pasukan terbaik untuk permainan Dota 2 akan berpeluang ke pusingan akhir di PVP, Comic Con Singapura yang akal berlangsung Disember ini.

Bagi anda yang berminat, pendaftaran sudah pun dibuka bermula 16 Ogos lepas sehingga 23 September 2019 ini. Ianya kemudian akan berlangsung melalui pusingan kelayakan secara atas-talian pada 26 dan 27 September 2019, di mana pusingan akhir akan berlangsung di acara Server DNA 4.0 pada 28 dan 29 September kelak.

Bagi informasi lanjut dan pendaftaran, anda boleh ke pautan yang disediakan di bawah.

[info] Pendaftaran: After 5 Gaming League [/info]

Leave a Reply