Skip to main content

Bermula hari ini sehingga 30 September 2019 ini, Overwatch dan LEGO mengadakan satu acara kolaborasi khas yang dipanggil Bastion’s Brick Challenge yang mana anda berpeluang untuk mendapatkan kostum khas buat watak Bastion yang bertemakan rekaan LEGO.

Selain daripada kostum tersebut, Overwatch juga menyediakan beberapa ganjaran lain seperti ikon pemain dan semburan khas bertemakan LEGO.

Untuk mendapatkannya mudah sahaja di mana bagi kostum LEGO buat watak Bastion, pemain perlu memenangi 9 sesi pertarungan sahaja dan setelah pemain berjaya, pemain akan terus diberi ganjaran dengan kostum buat watak tersebut.

Manakala bagi ikon pemain dan semburan, pemain hanya perlu memenangi 3 hingga 6 sesi pertarungan ataupun menonton penstriman langsung permainan Overwatch di Twitch.

Overwatch telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC. Sebelum ini, Blizzard juga mengumumkan versi Switch juga bakal tiba paa 15 Oktober kelak.

Leave a Reply